BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 12, 2009

Peruncit Melayu pupus? ....

Kedai- kedai perniagaan runcit milik peniaga Melayu diancam kepupusan sekiranya tiada usaha dilakukan untuk menyelamatkan mereka.

Tinjauan yang dilakukan mendapati kira-kira 12,000 peniaga Melayu kini dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' untuk meneruskan perniagaan tersebut, kata Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Syed Ali Alattas.

Malah, tambah beliau, dianggarkan kira-kira 480 buah kedai runcit milik golongan berkenaan kini dalam proses dilelong.

Syed Ali berkata, peniaga runcit khususnya golongan Melayu tidak mampu lagi meneruskan kelangsungan operasinya setelah lebih 40 peratus jualan dalam pasaran dikuasai oleh pasar-pasar raya besar.

''Keadaan ini mungkin tidak berlaku sekiranya kerajaan mengawal penubuhan pasar-pasar raya besar di negara ini khususnya di bandar-bandar.

Kedai Runcit Ajisman

''Sekarang, yang menanggung akibatnya adalah peniaga kecil Melayu yang hanya mampu meraih pendapatan tidak lebih RM3,000 hingga RM5,000 sebulan.

''Sedangkan, pasar-pasar raya besar mampu meraih jualan sebanyak RM1 juta sehari,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Lebih menyedihkan apabila kebanyakan peniaga runcit itu terpaksa bergantung kepada pasar-pasar raya berkenaan untuk mendapatkan bekalan barang kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding kedai borong.

''Kita ambil contoh, kalau peniaga membeli barang A dengan harga RM1 di pasar raya, sudah tentu dia akan menjual semula pada harga RM1.10.

''Jadi, macam mana peniaga hendak menjual barangan mereka kalau harga di pasar raya jauh lebih murah daripada kedai runcit?,'' tambah beliau.

Syed Ali berkata, disebabkan masalah ini, perniagaan tersebut bukan lagi menjadi gelanggang perniagaan di kalangan kaum Cina, yang kini beralih kepada pasar-pasar mini.

Limsimi.com - Inside Giant Supermarket, Pelangi Leisure Mall (2)

Beliau berkata, dalam usaha menangani permasalahan itu DPMM telahpun mengusulkan cadangan dalam bentuk kertas kerja kepada kerajaan.

Katanya, kertas cadangan itu telah diserahkan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop empat bulan lalu.

Antara cadangan DPMM termasuk mahukan kerajaan memberi inovasi dan kreativiti baru kepada perniagaan tersebut dengan mengambil kira teras model ekonomi baru yang memberi fokus meningkatkan pendapatan peniaga-peniaga kecil.

Ini termasuk mewujudkan pusat borong bersepadu, gudang dan sistem pengurusan inventori untuk golongan berkenaan.

Econsave


''Kita masih menunggu jawapan daripadanya. Jika langkah ini tidak dilaksanakan, peniaga runcit akan lenyap,'' ujar beliau.

Sehubungan itu, beliau menaruh harapan agar kerajaan menghalusi cadangan itu bagi menyegerakan usaha membantu masalah perniagaan runcit Melayu yang semakin tenat.

Presiden DPMM itu juga melahirkan rasa kecewa kerana para pelabur asing diberi hak untuk memonopoli perniagaan peruncitan di negara ini dalam segala aspek.

Beliau mempersoalkan kewajaran pemilik-pemilik pasar-pasar raya besar di negara ini yang dibenarkan menyewa premis dan kiosk di dalam pasar raya pada kadar yang tinggi kepada peniaga tempatan.

Syed Ali berkata, di luar negara pun, pasar-pasar raya tidak dibenarkan beroperasi di bandar besar tetapi di Malaysia hampir setiap bandar dan pekan ada pasar raya.

sumber: tidak diketahui

memang superb

Ari sabtu aritu , aku , caet n akim pegi kat USM induk tuk amik jubah konvo kakak ajmal n tiket fiesta aku kat sajul..sampai kat induk kiteorg call sajul tuk tny no bilik..aku sem ni penah aritu pegi bilik sajul tp da x ingat bape no bilik die..sajul x angkat..entah bape ratus kali aku call..asik masuk voice mail ja..fed up aku..last2 aku lepak kat bilik member akim kat desasiswa tekun gak n hav a breakfast kat kafe dalam desasiswa tekun..pe nama kafe tu ntah aku lupa..pas makan kiteorg gi amik baju konvo kakak ajmal kat dewan..at 12 afternoon sajul call..br bangun tido katenye..hempeh tul

At 2 pm, kiteorg bersama2 sajul n sorang member caet gerak ke kuala muda tuk menghadiri majlis walimatulurus member akim..makan free kan..sape xnak kan..kan..kan..pas da kenyang, kiteorg lepak kejap umah akim..then at 6 pm, aku , sajul n caet gerak balik..sebelom tu cadang nak tgk wayang..malam masih muda kan..at 6:30pm, sampai kat jusco bandar perda..kiteorg book tiket wayang GI Joe (gay i joe..am i rite??) kul 9:30pm.. nak amik amik yg kol 7pm ade.tp takot berdosa lak sbb x semayang magrib lak t..sementara menunggu kol 9:30pm kiteorg gi jalan2 kat jusco..bapak bosan siot..

Mantap citer nie...mmng superb


cast: Adewale Akinnuoye-Agbaje, Christopher Eccleston, Joseph Gordon-Levitt, Byung Hun Lee, Sienna Miller, Rachel Nichols, Ray Park, Jonathan Pryce, Saïd Taghmaoui, Channing Tatum, Marlon Wayans and Dennis Quaid


Sambil tanam bela ikan...::::


Nur Afiqah Ahmad menunjukkan salah satu tanaman hidroponik yang terdapat di gerai Kazzponic di Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC), Ayer Keroh, baru-baru ini. -UTUSAN/ NAS NORZIELA NASBAH


MELAKA 12 Ogos - Pelbagai cara digunakan untuk menghasilkan sayuran segar sama ada secara tradisional atau tanaman hidroponik.

Bagaimanapun, cara penanaman hidroponik adalah yang paling mudah dijalankan kerana ia tidak memerlukan sistem tanaman yang rumit dan tanah.

Namun, antara sedar atau tidak, tanaman hidroponik yang dahulunya popular sejak 11 tahun lalu itu kini telah dilupakan begitu sahaja dan kurang mendapat sambutan.

Menyedari tanaman tanpa tanah yang kurang mendapat sambutan itu, syarikat pembekal utama bagi produk hidroponik, Kazzponic Sdn. Bhd. telah bergiat aktif dalam usaha menarik kembali minat rakyat untuk menanam tanaman segar secara hidroponik, tetapi telah diubahsuai secara unik.

Ia dilakukan dalam takungan yang terdapat ikan yang boleh dibela dengan menggunakan air baja yang selamat kepada manusia.

Pegawai Pemasaran syarikat itu, Nur Afiqah Ahmad, 18, berkata, cara itu merupakan sesuatu yang baru dan bertujuan untuk mengelakkan jentik-jentik hidup di dalam air baja.

''Ikan yang dibela dapat membantu menghapuskan jentik-jentik dan ini sekali gus dapat mengelakkan kita daripada dijangkiti denggi.

''Selain itu, hasil tanaman juga bertambah segar dengan adanya bantuan hidupan akuakultur di dalam takungan air yang menggunakan baja yang baik", katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Beliau juga turut mengulas mengenai kebaikan yang diperoleh melalui tanaman hidroponik itu.

Katanya lagi, berbanding tanaman menggunakan tanah, kaedah hidroponik 300 peratus lebih cepat dan mesra pengguna.

Jelas beliau, tanaman menggunakan kaedah hidroponik itu boleh dikendalikan oleh sesiapa sahaja kerana ia tidak perlu menggunakan cangkul.

Beliau juga memberitahu, kaedah hidroponik bukan sahaja sesuai untuk semua jenis sayur-sayuran dan herba, malah juga pokok buah seperti pisang, tembikai dan lobak.

"Tanaman sayuran seperti kangkung cuma mengambil masa tiga minggu sebelum boleh dimakan berbanding ditanam di tanah yang mengambil masa lebih sebulan,'' katanya.

Katanya lagi, ikan yang dibela juga dapat bertahan lama malah ia boleh dijadikan sebagai hiasan.

Selain itu, menurutnya, air baja yang disembur dua hari sekali itu akan memastikan tumbuhan akan lebih segar dan ikan tidak mati.


sumber: utusan malaysia

Thursday, August 6, 2009

Tanam cili kerjaya baru Normahiran


Normahiran berbangga dengan tanaman cili secara fertigasi yang telah menampakkan hasil.


MINAT yang mendalam menceburi bidang perniagaan, mendorong Nor Mahiran Yusoff nekad mengambil keputusan meninggalkan kerjayanya sebagai pengurus promosi di sebuah syarikat rakaman di ibu negara.

Bermula dengan syarikat penganjuran konsert berbayar, Nor Mahiran beralih kepada bisnes butik dan pengedar makanan sejuk beku.

Meninjau sektor pertanian yang menyumbang kepada pendapatan negara, Normahiran memilih untuk beralih mengusahakan tanaman cili merah dan cili padi.

Mengusahakan tanaman cili menggunakan konsep fertigasi di tanah seluas 1,500 kaki persegi di Dengkil, Selangor.

Sehingga kini, Normahiran mempunyai lebih 1,000 pokok cili merah jenis 990 dan cili padi Semerah hasil penyelidikan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Mendapat khidmat nasihat daripada pengusaha tanaman fertigasi, Pengarah Fahim Agribaze, Abd. Rahim Ariff, yang bertindak sebagai mentor.

Nor Mahiran yang juga Pengurus Pentadbiran Nur Edar Enterprise berkata, beliau memilih cili merah jenis 990 kerana saiznya yang luar biasa sehingga mencecah sembilan inci.

"Walaupun cili jenis 990 bersaiz besar tetapi cepat matang kerana sudah boleh dituai selepas dua bulan setengah dipindahkan dari tapak semaian ke polibeg," katanya semasa ditemui di tapak tanamannya di Sungai Merab, Kajang, Selangor.

Cili jenis 990 ini agak rendah hanya 0.5 meter (m) dengan setiap pokok boleh menghasilkan sehingga lima kilogram cili setiap pokok.

Menggunakan media campuran sekam padi dan sabut manakala campuran baja A + B bagi mendapatkan hasil yang optimum.

Selain cili merah, Nor Mahiran juga menanam 300 batang cili api Semerah yang dibeli dari MARDI.

"Bagi peringkat permulaan saya mengeluarkan modal lebih RM10,000 bagi membeli kelengkapan fertigasi bagi 1,000 anak pokok cili.

"Ini termasuk peralatan fertigasi seperti polibeg, sabut, sekam padi, baja A+B, saluran paip, pam, tanah peat moss dan racun serangga," katanya.

Walaupun tidak sampai setahun mengusahakan tanaman cili secara fertigasi, Nor Mahiran dengan kerjasama Abd. Rahim merancang mengadakan kursus tanaman fertigasi.

Nor Mahiran berkata, beliau merancang mengadakan kursus tanaman fertigasi termasuk cili, tomato, rock melon pada setiap Sabtu dan Ahad.

"Kami akan mengadakan kursus dalam satu kumpulan kecil seramai 12 peserta bagi memudahkan penumpuan.

"Kursus yang diadakan di tapak ini akan memudahkan peserta melakukan latihan secara hands-on," katanya yang telah menyediakan modul untuk panduan tanaman.

Pengalaman yang luas

Nor Mahiran berkata, kursus berkenaan akan dikendalikan oleh Abd. Rahim yang mempunyai pengalaman luas dalam penanaman berkonsep fertigasi.

Beliau juga akan mengajar cara tanaman yang betul bermula dari semaian sehingga kepada penjagaan dan tuaian.

"Kepada mereka yang berminat menjalankan tanaman fertigasi, kami turut menjual segala barang kelengkapan tanaman seperti media sekam padi dan sabut, baja A+B serta benih cili yang telah disemai," katanya.

Mereka yang berminat untuk mengikuti kursus tanaman fertigasi boleh menghubungi Nor Mahiran di 019-212 9029 atau 03-4042 8561.

sumber: utusan.com.my

Dari kelab golf ke kolam keli ::


Benih keli dilepaskan ke dalam kolam.


SEMUANYA bermula dari bual-bual kosong dengan seorang pemain golf bukan Melayu yang kerap berkunjung ke kelab tempat beliau bertugas empat tahun lalu.

Cerita tentang pengalaman berjaya dalam industri ternakan ikan air tawar dengan hanya menjadi usahawan menjual benih ikan keli itu, sekali gus mencetus minat Nur Azizi Rafie, 29, untuk serius menceburi bidang ini.

''Terus terang saya rasa tercabar, kawan kita ini mampu hidup bersantai dan senang lenang dengan hanya memiliki beberapa buah kolam ikan dan sebuah pusat menjual benih ikan air tawar" jelas beliau.

Sebelum melepaskan jawatan sebagai Eksekutif Perakaunan di sebuah kelab golf terkenal di Rawang, Selangor, Nur Azizi pernah menghadiri beberapa siri kursus penternakan ikan air tawar dan bengkel teknik pembenihan ikan anjuran Jabatan Perikanan dan Perintis Agrotech Centre (PAC).

Menurut Nur Azizi, daripada tinjauan awal, kos anak benih keli berukuran tiga inci di Lembah Klang dijual dengan harga antara 10 hingga 15 sen seekor.

Memandangkan tidak ramai penternak yang arif membuat pembenihan sendiri, mereka terpaksa membelinya daripada pembekal dan pusat-pusat pembenihan.

Bagaimanapun pembekal benih keli di Lembah Klang ketika ini cukup terhad dan menjadi punca kebanyakan projek ternakan keli tertangguh. Selain kekurangan bekalan induk keli untuk dibenihkan secara aruhan, faktor asuhan benih yang agak merumitkan menjadi punca kurangnya penglibatan yang serius dalam bidang pembenihan keli ini.

Atas kesedaran inilah dengan berbekalkan ilmu dan semangat, Nur Azizi mengambil keputusan nekad dan berpakat dengan seorang rakan sekerja Mohamad Suria Sufian, 29, meninggalkan kelab golf dan menyewa sekeping tanah di kawasan hutan rekreasi Rawang, Selangor.

Dengan menubuhkan syarikat Prestasi Agro Farm (PAF) kedua-dia usahawan muda ini mengorak langkah awal dengan memulakan projek ternakan keli dalam kanvas dan tangki poli dengan modal bersama.

Keli yang diternak dalam 15 tangki poli dan 10 kolam kanvas tersebut adalah hasil pembenihan keli yang mereka lakukan sendiri. Kegagalan demi kegagalan yang mereka tempuhi dalam proses pembenihan keli ini, sedikit pun tidak mematahkan semangat penternak muda ini.

Akhirnya dengan bimbingan dari pakar pembenihan di Jabatan Perikanan dan beberapa usahawan benih keli berjaya, mereka berhasil menyelami teknik sebenar proses pembenihan keli tersebut.

Sejak itu, setiap bulan paling kurang tiga kali pembenihan akan dilakukan melibatkan lebih 50 pasang induk.

Menurut beliau lagi, sesiapa sahaja yang ingin membuat pembenihan secara komersial harus mempunyai bekalan ikan induk yang mencukupi dan berterusan.

Di samping menternak induk sendiri, bekalan ikan induk juga diperolehi daripada pemancing atau penternak yang menggunakan kolam tanah.

Pemilihan induk yang kurang tepat akan mengurangkan kualiti dan kuantiti benih.

Sebelum proses pembenihan dibuat, induk yang dipilih dirawat terlebih dulu selama seminggu bagi menjamin kualiti telur yang bakal dihasilkan. Umur induk biasanya sekitar tujuh bulan hingga dua tahun.

Induk yang terlalu tua akan mengurangkan kuantiti dan kualiti benih.

Saiz yang sesuai adalah sekitar 26 sentimeter (300 gram) hingga 75 sentimeter (satu kilogram). Saiz induk betina biasanya lebih kecil daripada saiz induk jantan.

Seekor induk betina bersaiz 30 sentimeter mampu mengeluarkan telur antara 10,000 biji dan mencapai 200,000 biji telur apabila mencapai saiz 90 sentimeter.

Menurut Nur Azizi, masa yang paling sesuai untuk menjalankan pembiakan dipengaruhi kehadiran musim hujan iaitu antara bulan April hingga Disember dengan puncaknya berada antara bulan Julai dan September.

''Bekalan induk jantan paling kritikal kerana dalam proses pembenihan aruhan, induk jantan terpaksa dikorbankan bagi mengeluarkan kantung benihnya,'' jelas beliau lagi.

Setelah lebih dua tahun beroperasi, PAF kini mampu memasarkan lebih 500,000 ekor anak benih keli setiap bulan.

Memandangkan permintaan yang semakin bertambah, Azizi serta rakan menambah empat lagi kolam tanah bagi mempercepatkan proses pembesaran anak benih.

Menurutnya, anak benih yang berusia empat hari, lebih cepat membesar sekiranya diasuh dalam kolam tanah.

''Tiga minggu dalam kolam tanah sudah sedia untuk dijual terus kepada penternak," ujarnya.

Tegas beliau, biasanya penternak akan membeli anak benih yang berukuran tiga inci kerana risiko kematian adalah rendah.

Permintaan terhadap benih ikan keli memuncak ketika menjelang bulan puasa dan cuti sekolah kerana para penternak akan membuat persediaan awal bagi memenuhi permintaan ikan keli segar yang kebiasaanya mendapat pesanan berlipat kali ganda bagi hidangan berbuka dan majlis kenduri kahwin.

''Penternak biasanya akan memesan sebulan lebih awal sebelum ikan di kolam mereka dituai. Setakat ini permintaan paling banyak kami terima dari Lembah Klang, Selangor, Kawasan Utara dan Johor" ujarnya.

Setiap kali pembenihan dijalankan, PAF juga membuka peluang kepada orang ramai untuk turut serta mempelajari teknik pembenihan secara intensif.

Bengkel satu hari ini mendedahkan peserta tentang kaedah pemilihan induk, teknik pembenihan, asuhan benih dan penyediaan makanan alternatif.

Bagi mengurangkan kos makanan ternakan keli yang semakin meningkat, PAF mengamalkan penternakan teknik Pro Asli bagi meminimumkan kebergantungan kepada pelet.

Ini membuktikan bermula daripada bual-bual kosong di padang golf, mampu membawa keuntungan ribuan ringgit.

Bagi penternak yang ingin mempelajari teknik pembenihan ikan keli atau mendapatkan bekalan anak benih atau peralatan pembenihan, bolehlah menghubungi beliau di 019-3310855 atau 016-3094950.

sumber: utusan.com.my

Saturday, August 1, 2009

SVR--Dimensi Baru Membeli Belah

Shop 2 Earn - Dimensi Baru Membeli Belah

SHOPPING DAN DAPAT DUIT! JADILAH PENGGUNA BIJAK!

http://svr2u.net/images/svr1.jpg

Pelik? Anda tak perlu pelik kerana konsep mendapat rebat atau point ini sudah lama digunakan tetapi buat pertama kalinya, Point yang anda dapat itu boleh ditukarkan kepada RM!

BAGAIMANA?

IAITU DENGAN MENYERTAI SVR!

http://svr2u.net/images/svr2.jpg

UNTUNG MATA REBAT SEMASA MEMBELI-BELAH

Setiap sen yang anda keluarkan anda akan ditukarkan kepada point dan boleh redeem dengan RM..

HIDUP KITA TAK DAPAT LARI DARI

Pakaian, Makanan, Penginapan , Perjalanan

Melangkah saja dari rumah, semuanya kena bayar

http://svr2u.net/images/svr3.jpg

JALAN PENYELESAIANNYA ADALAH DENGAN SERTAI KAMI…KONSEP KAMI ADALAH..

http://svr2u.net/images/svr4.jpg

BUKANKAH INI SATU LANGKAH YANG BIJAK

Jika anda ingin menjadi pengguna bijak, rebutlah peluang ini dengan bayaran hanya

RM168

(seumur hidup)

Apa yang anda dapat?

http://svr2u.net/images/svrkad.jpg

http://svr2u.net/images/svr5.jpg

JADI APA TUNGGU LAGI?


http://svr2u.net/images/joinsvr2u.gif